
JAMUAN RAYA DUN RIM DIJANGKA TERIMA LEBIH 5,000 TETAMU
AYER KEROH 26 Mac – Penganjuran Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim kali ini tampil dengan konsep gabungan ruang dalam dan luar dewan bagi menampung kehadiran pengunjung yang dijangka mencecah 5,000 orang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, pendekatan itu diambil bagi memastikan keselesaan pengunjung selain memberi pilihan suasana sama ada di dalam dewan atau di kawasan khemah.
Menurutnya, majlis yang akan berlangsung di Dewan Alamanda MPJ, Jasin pada 28 Mac 2026 itu bermula jam 8 malam sehingga selesai.
“Kita sediakan ruang dalam dewan dan juga khemah di luar supaya pengunjung lebih selesa dan tidak tertumpu di satu kawasan sahaja.
“Lebih 20 jenis juadah tradisional Aidilfitri akan disajikan termasuk menu popular seperti rendang ayam dan rendang daging.
“Kita cuba pelbagaikan juadah supaya semua lapisan pengunjung dapat menikmati hidangan yang disediakan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Beliau berkata, sambutan yang diterima setiap tahun memberi keyakinan kepada pihaknya untuk terus menganjurkan program berkenaan sebagai platform mendekati rakyat.
“Ini peluang untuk kita berjumpa masyarakat dalam suasana santai sambil meraikan Aidilfitri bersama,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KOS RAWATAN TINGGI, MAIM RINGANKAN BEBAN PESAKIT KRONIK
AYER KEROH 18 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus membantu meringankan beban keluarga yang berdepan kos rawatan penyakit...
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI DIGILAP JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
KUALA LINGGI 18 Ogos - Lebih banyak lokasi menarik sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi akan dibangunkan dan ditransformasikan...
TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA
TELOK MAS 17 Ogos - Kejayaan Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 disifatkan sebagai antara...
DUN KUALA LINGGI RAIKAN ATLET SUKAN MELAKA
KUA LINGGI 17 Ogos - Atlet dan pegawai pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang beraksi pada pentas...
OUM PILIHAN WARGA KERJA, OKU BINA KERJAYA SAMBIL BELAJAR
AYER KEROH 17 Ogos - Pembelajaran fleksibel, yuran pengajian yang kompetitif serta kemudahan pembelajaran dalam talian menjadikan Open University Malaysia...
POLIS SIASAT KES LELAKI DITUMBUK BERKAITAN TAPAK NIAGA
MELAKA 17 Ogos - Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki yang ditumbuk di bahagian kepala, dipercayai berpunca daripada perselisihan...
