Sorting by

×

MAHKOTA PARADE ‘TAK PERNAH SUNYI’, SETIAP MINGGU DIPENUHI ACARA MENARIK

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

BANDA HILIR 19 April – Pusat Beli Belah Mahkota Parade terus menjadi tumpuan ramai apabila ia menjadi lokasi penganjuran pelbagai acara menarik setiap minggu.

Terbaharu, pusat beli belah itu diserbu ribuan pengunjung bagi mendapatkan pelbagai pakej pelancongan menarik bersempena MATTA Fair Melaka 2026 yang diadakan pada 17 hingga 19 April.

Pembantu Pengurus Pemasaran Pusat Beli Belah Mahkota Parade Renee Wong berkata, sepanjang tahun ini, pihaknya menerima banyak tempahan bagi penganjuran pelbagai jenis acara, khususnya pada setiap hujung minggu.

Malah, ujarnya, pelbagai program telah disusun dan diisi sehingga September depan, sekali gus membuktikan pusat beli belah itu terus relevan sebagai lokasi tumpuan yang berjaya menarik kehadiran pengunjung.

“Mahkota Parade sentiasa menjadi pilihan pelbagai jenis acara termasuklah berkonsepkan pameran, festival, pertandingan sukan, seni dan budaya serta lain-lain lagi kerana pusat beli belah ini sentiasa menjadi tumpuan ramai.

“Pengunjung kami bukan sahaja dalam kalangan rakyat Melaka, bahkan turut menjadi pilihan pelancong dari Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Singapura.

“Oleh sebab itu, setiap minggu pusat beli belah ini tidak pernah sunyi dengan pelbagai acara dan program menarik untuk orang ramai yang hadir,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

IMG 20260419 020821
PEMBANTU Pengurus Pemasaran Pusat Beli Belah Mahkota Parade Renee Wong. Foto Afiq Mustaffa

Menurut Renee, sehingga kini terdapat lebih 100 premis beroperasi di Mahkota Parade merangkumi jualan seperti pakaian, barangan kelengkapan rumah, gajet, selain pelbagai jenis makanan dan minuman.

“Selain membeli belah dan menjamu selera, pelbagai acara yang diadakan di perkarangan Mahkota Parade memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan Melaka,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

724
Kongsi :
Previous post KAMPUNG ON LOK ABADI NAMA NASIONALIS NEGARA
Next post KAMPUNG NYALAS SUDAH BANYAK BERUBAH