Sorting by

×

KAMPUNG ON LOK ABADI NAMA NASIONALIS NEGARA

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

ASAHAN 19 April – Ditubuhkan sekitar era darurat 1950-an, Kampung Baru On Lok di Batang Melaka, Jasin sebenarnya sebahagian daripada saksi bisu kepada sejarah penubuhan Malaysia hasil daripada kesepakatan dan kerjasama pemimpin kaum utama negara ini pada ketika itu.

Lebih menarik Kampung Baru On Lok adalah hasil gabungan nama dua nasionalis negara iaitu Allahyarham Dato’ Onn Jaafar dan mendiang Tun Tan Cheng Lock yang dikenali sebagai pejuang kemerdekaan bagi penduduk di Tanah Melayu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Baru (JPKKB) On Lok, Tey Thiam Hock, 68, berkata, secara kebetulan pula, On Lok dalam bahasa Cina bermaksud aman.

“Nama kampung kami amat unik dan istimewa ia secara tidak langsung menjadi simbolik melambangkan penghormatan terhadap jasa pemimpin tersebut pada zaman penubuhannya.

“Akibat ancaman wujudnya pelbagai pelbagai anasir mengancam keselamatan, masyarakat Cina yang sebahagian besar tinggal di tebing sungai berhampiran dipindahkan ke kawasan penempatan baharu (Kampung Baru On Lok) dan kami masih kekal di penempatan ini sampai sekarang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sehubungan itu Thiam Hock berharap, nama On Lok menjadi kebanggaan semua kerana mengabadikan nama tokoh nasionalis negara yang membawa kepada penubuhan negara berbilang bangsa ini.

Menurutnya, sejak awal penubuhan penduduk Kampung Baru On Lok aktif dalam aktiviti pertaian seperti getah dan kelapa sawit yang menawarkan suasana luar bandar yang tenang serta mendamaikan.

Jelasnya, meskipun penduduk di penempatan itu adalah majoriti masyarakat Cina, mereka tidak kekok untuk bersarapan atau ‘mengeteh’ di sebuah gerai menjual makanan serta minuman diusahakan oleh orang Melayu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

380
Kongsi :
Previous post DUA INISIATIF PERKUKUH DAYA TAHAN KOMUNITI PANTAI PERINGGIT
Next post MAHKOTA PARADE ‘TAK PERNAH SUNYI’, SETIAP MINGGU DIPENUHI ACARA MENARIK