Sorting by

×

SUMBANGAN RM100,000 PACU PENDIDIKAN ANAK MASJID TANAH

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BANDARAYA MELAKA 21 April – Pelajar dari tiga buah sekolah di Masjid Tanah menerima sumbangan sebanyak RM100,000 daripada TRX City Sdn Bhd sebagai inisiatif pemerkasaan komuniti berteraskan pendidikan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sumbangan itu memberi manfaat kepada seramai 100 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba, SMK Sultan Alauddin dan SMK Hang Kasturi.

“Sumbangan ini telah memberi manfaat kepada lebih 100 orang pelajar menerusi pelbagai program intervensi dan persediaan SPM, termasuk kelas tuisyen bagi subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Komitmen ini tidak terhenti di sini, malah akan diteruskan lagi melalui kesinambungan Program Santuni MADANI bagi sesi SPM 2026, sebagai usaha berterusan dalam memperkasa agenda pendidikan anak-anak kita,” katanya ketika berucap pada Program Santuni Madani TRX City Sdn Bhd di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah serta Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd, Datuk Sr. Azmar Talib; ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Terdahulu pada Program Santuni Madani TRX City Sdn Bhd itu turut diraikan seramai 18 orang pelajar terbaik dan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2025.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

518
Kongsi :
Previous post ‘ENRIQUE OF MALACCA SHIPYARD’ SIMBOL KERJASAMA MALAYSIA–TURKIYE
Next post MELAKA PERKENAL TIGA INSENTIF BANTU PESAWAH, PETANI DAN PENTERNAK