Sorting by

×

SABUN BUNGA TELANG ‘BUAH TANGAN’ ISTIMEWA ORANG ASLI GAPAM BARU

Masa Membaca:52 Saat

ASAHAN 7 Mei – Penduduk di Kampung Orang Asli Gapam Baru kini memiliki produk tersendiri apabila berjaya menghasilkan sabun bunga telang dengan kerjasama Perbadanan Bioteknologi Melaka.

Produk itu dibangunkan menerusi dana Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) yang merupakan inisiatif kerajaan dalam merancakkan aktiviti sosioekonomi dan meningkatkan pendapatan komuniti setempat di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKOA) Kampung Baru Orang Asli Gapam Mizan Ulai berkata, produk itu terhasil apabila penduduk mengusahakan tanaman bunga telang sebelum ia diproses menjadi sabun yang memberi pelbagai manfaat kepada wajah dan tubuh manusia.

“Sabun ini mempunyai keunikan kerana ia bebas bahan kimia dan mempunyai pelbagai kelebihan dalam membantu kesihatan kulit wajah dan tubuh badan.

“Produk ini diusahakan sendiri oleh penduduk Kampung Orang Asli Gapam Baru dan kajian lanjut untuk produk ini masih diteruskan bersama Perbadanan Bioteknologi Melaka dalam menghasilkan sabun berkualiti tinggi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, setakat ini, produk berkenaan telah diperkenalkan pada program MADANI Rakyat 2025 Melaka pada Oktober tahun lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

397
Kongsi :
Previous post KEREPEK PISANG ALONG SEMAKIN LARIS
Next post KESAN PENCEMARAN DAN ALAHAN UDARA TERHADAP HIDUNG, SINUS DAN TEKAK DI KAWASAN BANDAR