Sorting by

×

NADI BANTU USAHAWAN LUAR BANDAR BERJAYA

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

TELOK MAS 8 Mei – Kewujudan 1,099 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terbukti membawa impak cukup besar kepada rakyat dalam pelbagai program yang telah dilaksanakan selama ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, antara yang paling berjaya adalah dalam sektor keusahawanan, di mana, menerusi pelbagai program yang diadakan termasuk bersama platform e-dagang, ada di antara usahawan di kawasan luar bandar telah berjaya.

Beliau turut berkongsi kisah seorang usahawan di Morib yang memanfaatkan program di NADI dan kini pendapatannya jauh lebih tinggi daripada seorang menteri.

“Jadi kita nampak sektor keusahawanan terutama di kawasan luar bandar ini telah membuktikan bahawa mereka tidak perlu berada di bandar untuk berjaya sebagai usahawan.

“Ia juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa NADI ini membantu meningkatkan tahap sosioekonomi masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Hari Bersama Komuniti: Perasmian NADI Taman Seri Telok Mas dan Penyerahan Watikah Pengerusi Panel Penasihat NADI Negeri Melaka di NADI Taman Seri Telok Mas, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim; Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong; Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin dan Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali.

Menurut Fahmi, selain keusahawanan, NADI di seluruh negara turut memberi tumpuan kepada empat lagi perkara utama ke arah memperkasa komuniti.

Jelas beliau, ia termasuklah pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, komuniti digital dan perkhidmatan pintar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

250
Kongsi :
Previous post NADI TAMAN SERI TELOK MAS DILANCARKAN