Sorting by

×

PULAU SEBANG SENTRAL NADI PENGANGKUTAN AWAM BAHARU ALOR GAJAH

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

GADEK 12 Mei – Pembinaan jejantas menghubungkan Pulau Sebang Sentral dan Stesen Kereta Api Pulau Sebang bakal mewujudkan ekosistem pengangkutan awam bersepadu yang cekap serta lebih efisien bagi daerah Alor Gajah.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, apabila jejantas berkenaan siap kelak orang ramai boleh menikmati kemudahan pengangkutan awam melibatkan bas awam antara bandar, teksi dan kereta api.

“Mengikut perancangan jejantas yang akan dibina adalah dianggarkan sejauh 80 meter yang memudahkan lagi perhubungan antara Pulau Sebang Sentral dan Stesen Kereta Api Pulau Sebang.

“Kerajaan Negeri sedang memperhalusi perkara ini, diharapkan pembinaannya akan memberikan manfaat kepada orang ramai dan meningkatkan lagi jumlah pengguna pengangkutan awam,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Festival Komuniti Lestari Alor Gajah 2026 yang berlangsung di Pulau Sebang Sentral, di sini, 9 Mei lalu.

Terdahulu program itu dirasmikan oleh Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Hadir sama Ketua Whip MPAG Clr. Fadzil Abdul Rahim; Setiausaha MPAG Radzyma Mahat, Ahli-Ahli Majlis, ketua-ketua jabatan MPAG dan komuniti setempat.

Selain penduduk Alor Gajah kemudahan berkenaan juga memberikan manfaat kepada penduduk yang tinggal di sempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

388
Kongsi :
Previous post MACHAP UMBOO LAMBANG SEBUAH PENGORBANAN
Next post MAIM BAWA SINAR BAHARU BUAT KELUARGA ASNAF MUALAF