Sorting by

×

BANTUAN ‘ONE OFF’ UNTUK PIBG,  SUMBANGAN KHAS HARGAI PESARA GURU

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

TANJUNG BIDARA – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan sumbangan secara ‘one-off’ berjumlah RM213,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam Parlimen Masjid Tanah.

Ketua Menteri berkata, sumbangan itu memberikan manfaat kepada PIBG di 38 sekolah rendah, sekolah menengah (11), Tadika JAIM (6), Tabika (47), Taska KEMAS (3), tadika (6), taska perpaduan (1), sekolah PASTI (7), sekolah pondok Agama (11), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Agama Imtiaz Ulul Albab.

Katanya, sumbangan itu adalah berteraskan semangat dan nilai membantu orang lain yang dipelajari daripada guru kemudian diterapkan dalam gerak kerja Kerajaan Negeri menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa)

“Saya mahu setiap anak Melaka tidak kira anak kampung, anak nelayan, anak penoreh getah atau anak daripada keluarga susah diberi peluang dan ruang yang sama untuk berjaya dalam kehidupan.

“Bukan itu sahaja, sebagai tanda kasih dan ingatan saya buat para guru yang diraikan saya sendiri ingin menyampaikan sumbangan khas RM30,000 yang akan diberikan kepada semua pesara guru yang hadir,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Seuntai Kasih Sejambak Bakti Buat Pesara Guru Parlimen Masjid Tanah di Villa D’Acqua, Masjid Tanah, di sini, semalam.

Majlis meraikan 570 pesara guru dalam Parlimen Masjid Tanah itu turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau serta Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin merangkap Adun Taboh Naning.

Hadir sama Timbalan Exco, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Datuk Rosli Abdullah merangkap Adun Kuala Linggi serta Adun Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Ab Rauf yang juga Adun Tanjung Bidara berkata, sumbangan disampaikan sudah tentu tidak standing dengan jasa dan pengorbanan warga pendidik.

“Namun, ia lahir daripada rasa kasih dan tanggungjawab saya bahawa jasa dan pengorbanan para guru tidak pernah dilupakan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

119
Kongsi :
Previous post KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK