Sorting by

×

WRUR BAWA IMPAK BESAR UNTUK WARGA KOTA LAKSAMANA

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

KOTA LAKSAMANA 23 Mei – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana bermula 17 Mei lalu terbukti membawa impak besar kepada rakyat di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana Low Chee Leong berkata, sepanjang seminggu WRUR berlangsung pelbagai program untuk rakyat berbilang kaum dan segenap lapisan umur diadakan.

Pada masa sama, ujar beliau, menerusi program itu juga, rakyat mudah untuk menyalurkan aduan, di mana ia akan diselesaikan mengikut tempoh waktu ditetapkan oleh agensi dan jabatan kerajaan.

“Saya dapat melihat impaknya cukup positif di kawasan ini kerana ia menunjukkan betapa Kerajaan Negeri prihatin terhadap rakyat.

“Sebagai pemimpin dan penjawat awam memang sudah menjadi tanggungjawab kita untuk berkhidmat kepada rakyat 365 hari setahun dan WRUR ini menunjukkan bahawa pentadbiran ini komited turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian pada Hari Bersama Komuniti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Lorong Pandan Lorong Pandan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Kota Laksamana, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan dan Pengarah MCMC Negeri Melaka Khairol Nizam Mohd Mostar.

Menurut Chee Leong, DUN Kota Laksamana merupakan antara kawasan membangun yang memiliki kepadatan penduduk yang tinggi.

Jelas beliau, data sebelum ini menunjukkan bahawa bilangan pengundi di DUN tersebut adalah lebih 35,000 orang dan bilangan penduduk dijangka dua kali ganda daripada jumlah tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

135
Kongsi :
Previous post KEJOHANAN GOLF PPSPM PROMOSI ECO CRUISE SUNGAI LINGGI