Sorting by

×

KEJOHANAN GOLF PPSPM PROMOSI ECO CRUISE SUNGAI LINGGI

Masa Membaca:57 Saat

BANDARAYA MELAKA 23 Mei – Kejohanan Golf Piala Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) yang dijadual berlangsung pada 12 Julai 2026 di Tiara Melaka Golf & Country Club bakal menjadi pembuka tirai kepada Festival Sungai Melaka 2026 (FSM2026).

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, kejohanan itu bukan sahaja menjadi acara pembukaan festival, malah turut dijadikan platform mempromosikan produk pelancongan Eco Cruise Sungai Linggi.

“Setiap pemain golf yang menyertai kejohanan ini akan menerima baucar tiket percuma menaiki Eco Cruise Sungai Linggi.

“Pendekatan ini diharap dapat menarik lebih ramai pengunjung serta memberi pendedahan secara langsung mengenai produk pelancongan sungai yang terdapat di negeri ini, sekali gus menyokong usaha PPSPM dalam memperkukuh promosi sektor pelancongan Negeri Melaka sempena penganjuran FSM2026,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Perhimpunan Bulanan PPSPM bagi Mei 2026 di Pejabat PPSPM, di sini, semalam.

Jelasnya, penganjuran kejohanan itu turut mendapat kerjasama beberapa pihak termasuk Bank Muamalat, Maybank Malaysia serta syarikat konsesi bagi memastikan kelancaran festival berkenaan.

“Kerjasama strategik ini juga dijangka memberi nilai tambah kepada penganjuran termasuk dalam memperluaskan promosi produk pelancongan seperti Eco Cruise Sungai Linggi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

86
Kongsi :
Previous post MELAKA MAHU LAHIRKAN LEBIH RAMAI GENERASI BERILMU