
Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah ditutup selepas guru positif COVID-19
KOTA MELAKA 22 Jan. – Kolej Tingkatan Enam (KTE) Tun Fatimah di Durian Daun, di sini, ditutup serta-merta hari ini, apabila seorang daripada gurunya disahkan positif COVID-19.
Pengerusi di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal, Vokasional, Sains dan Inovasi), Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah mengarahkan penutupan sekolah itu selama seminggu sehingga Khamis depan (28 Januari).
Tambahnya lagi, kesemua guru serta pelajar Tingkatan 6 yang merupakan kontak rapat kepada guru terbabit diarahkan menjalani kuarantin setelah dihubungi Pusat Kesihatan Daerah Melaka Tengah.
“Disebabkan itu, kesemua guru dan pelajar akan mengikuti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dalam tempoh tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan sekolah berkenaan juga akan disanitasi oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam masa terdekat.
“Kes ini terpecil dan ibu bapa tidak perlu bimbang kerana tindakan segera telah dilaksanakan,” tambahnya.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Negeri yang dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) turut mengesahkan kes di sekolah berkenaan.
“Kita masih dalam melakukan siasatan lanjut berhubung kes itu,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: AB RAUF KOMITED GALAS AMANAH, PERKUKUH JENTERA BN
AYER KEROH 23 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bertekad melaksanakan amanah sebagai...
PRN MELAKA: BN, PAS DAN RAKAN STRATEGIK UMUM CALON DI PENTAS SAMA 24 OKTOBER
AYER KEROH 22 Oktober – Barisan Nasional (BN), PAS dan rakan strategik politik dijangka mengumumkan calon masing-masing di pentas yang...
PRN MELAKA: AB RAUF DILANTIK PENGARAH PILIHAN RAYA BN
AYER KEROH 22 Oktober - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh secara rasmi dilantik sebagai Pengarah Pilihan...
MACAM-MACAM TOK RAUF BUAT UNTUK TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 22 Oktober - Usaha mengembalikan kegemilangan Tanjung Bidara sebagai destinasi pelancongan, memperkukuh kemudahan komuniti nelayan serta mewujudkan tarikan...
MAIM PERMUDAH URUSAN WAKAF, PELIHARA AMANAH
PENGKALAN BATU 22 Oktober - Mewakafkan sebahagian harta bukan sekadar amalan kebajikan, sebaliknya satu legasi yang mampu memberikan manfaat berpanjangan...
MOTAC TINJAU NAIK TARAF INFRASTRUKTUR ZOO MELAKA
AYER KEROH 22 Oktober - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meninjau pelaksanaan projek naik taraf infrastruktur di Zoo Melaka...
