Sorting by

×

PETUGAS PEMBERSIHAN PERKUKUH DAYA TARIKAN PELANCONGAN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDA HILIR 18 Jun – Peranan yang dimainkan oleh pekerja pembersihan amat besar terutamanya dalam mengekalkan imej Melaka sebagai destinasi pelancongan pilihan utama dunia.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, dedikasi pekerja pembersihan juga membantu Melaka meraih pelbagai pencapaian antaranya ‘Anugerah Asean Clean Tourist City Standard’ yang diterima Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersempena dengan ASEAN Tourism Awards, Januari lalu.

“Walaupun tugas ini sering dilaksanakan di sebalik tabir tetapi hasil kerja mereka dapat dilihat serta dinikmati oleh seluruh masyarakat. Malah keindahan dan kebersihan Bandaraya Melaka yang menjadi kebanggaan pada hari ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa komitmen serta dedikasi yang ditunjukkan oleh pekerja pembersihan.

“Melaka telah berjaya menarik pelancong seramai lebih 17.5 juta pelancong dan seterusnya menjadikan negeri ini sebagai antara satu destinasi utama pelancongan di Malaysia,” katanya ketika berucap pada Program Santuni Petugas Pembersihan Sempena Sambutan Hari Pekerja Pembersihan Peringkat MBMB Tahun 2026, di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman dan Setiausaha MBMB, Muhammad Firdaus Shariff.

Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput berharap semua pihak untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha berterusan meningkatkan lagi tahap kebersihan di negeri ini dan tidak mengharapkan pekerja pembersihan semata-mata.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

308
Kongsi :
Previous post WARGA SMK TELOK MAS TERUJA SAMBUT KETUA MENTERI
Next post KETUA MENTERI TURUN PADANG SANTUNI RAKYAT TELOK MAS