Sorting by

×

16 TAHUN BERJASA DENGAN MPAG, APC SUNTIK SEMANGAT ZURAIHA

Masa Membaca:56 Saat

BANDA HILIR 1 Julai – Pengorbanan termasuk bekerja hingga lewat malam dan mengekalkan disiplin yang tinggi menjadi pegangan Pembantu Tadbir (Kewangan) Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Zuraiha Mohtar, 39, dalam melaksanakan setiap amanah yang dipikulnya selama 16 tahun perkhidmatan.

Rasa tanggungjawab dan keikhlasan Zuraiha mendapat perhatian apabila dia dipilih sebagai antara penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Negeri Melaka Tahun 2026.

Lebih istimewa apabila anugerah itu disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Apresiasi Perkhidmatan Awam Negeri Melaka (MAPAN) Tahun 2026 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Katanya, sebagai penjawat awam setiap tugasan perlu dilaksanakan mengikut peraturan jabatan dan disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

“Kalau ada kerja yang belum selesai, saya akan pastikan ia disiapkan pada hari yang sama. Disiplin sangat penting dalam pekerjaan.

“Antara pengalaman dan cabaran tidak dapat dilupakan sepanjang berkhidmat apabila terpaksa berada di pejabat sehingga lewat malam, terutama ketika hujung tahun bagi menyiapkan urusan kewangan jabatan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Zuraiha berkata, APC yang diterima itu menjadi pembakar semangat untuk dirinya terus memberikan khidmat terbaik serta menjalankan tanggungjawab dengan lebih dedikasi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

512
Kongsi :
Previous post PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN BERGERAK JADIKAN SENYUMAN LEBIH BERSERI
Next post FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026: 30 ACARA RANCAKKAN 3 DAERAH