
Hotel Equatorial Pulau Pinang tutup operasi akhir Mac depan
AYER KEROH 25 Jan – Hotel Equatorial Pulau Pinang secara rasminya mengumumkan penutupan operasi berkuat kuasa 31 Mac depan.
Menerusi kenyataan dikeluarkan pengurusan hotel berkenaan, Pengurus Besarnya, Alan H C Ong berkata, penutupan operasi hotel berkenaan adalah susulan pengumuman yang dibuat Pengarahnya pada 25 Januari lalu yang memaklumkan perniagaan terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Bagaimanapun katanya, semua kakitangan masih kekal sebagai pekerja sehingga hotel berkenaan menghentikan operasi secara rasmi akhir Mac depan.
“Meskipun syarikat berdepan kerugian besar akibat pandemik itu namun pihak syarikat akan membayar pampasan kepada pekerja dan jumlah perincian mengenainya akan diumumkan kemudian.
“Pihak pengurusan akan berusaha untuk bertanggungjawab kepada semua kakitangan hotel berdasarkan terma dan syarat pekerjaan masing-masing,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian WhatsApp di 012-4089739 atau e-mel kepada : [email protected].
Views:
Related

Berita Lain
WRUR TABOH NANING: PROSES ‘TAGGING’ JADIKAN SISTEM PENGURUSAN TERNAKAN MELAKA LEBIH TERATUR
TABOH NANING 2 September - Inisiatif Sistem QR Tagging Haiwan Ternakan menjadikan sistem pengurusan ternakan di Melaka lebih teratur, efisien...
PIT STOP MASJID TANAH JADI PORT REHAT ‘ABANG RIDER’
LENDU 2 September - Selepas berjam-jam mengharungi panas dan hujan di jalan raya demi menghantar pesanan pelanggan, 'Abang Rider' di...
MELAKA SASAR PROSES ‘TAGGING’ LIBATKAN 32,000 TERNAKAN HINGGA HUJUNG TAHUN INI
TABOH NANING 1 September - Pemilik ternakan seluruh Melaka diminta supaya menyegerakan proses pendaftaran digital haiwan menerusi pemasangan 'tagging' dilengkapi...
MELAKA MEMANG LAIN MACAM, RAKYAT TERKEJUT KETUA MENTERI SENDIRI HANTAR MAKANAN
TANJUNG BIDARA 1 September - Tidak pernah terlintas di fikiran Muhamad Redza Sidek, 32, bahawa pesanan makanan yang dibuat menerusi...
‘KAMI RASA DIHARGAI, TOK RAUF SENDIRI RASAI SUSAH PAYAH KAMI’
TANJUNG BIDARA 1 September - 'Kami rasa dihargai'. Itu luahan penghantar p-hailing selepas Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
10 MOTOSIKAL MENANTI ‘ABANG RIDER’ DI KARNIVAL ANAK MUDA
LENDU 1 September - Sebanyak 10 motosikal bakal menjadi antara hadiah istimewa yang ditawarkan sempena pertemuan khas penghantar p-hailing pada...

