Kluster Bukit Palah, kluster baharu di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 25 Jan – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengesan kluster baharu iaitu Kluster Bukit Palah menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang masih aktif di negeri ini sebanyak 15 kluster.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kluster baharu itu merupakan jangkitan daripada kes indeks kontak rapat pesakit positif COVID-19 dari Jempol, Negeri Sembilan yang menerima rawatan di Hospital Melaka.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman

Katanya, seramai 167 kontak rapat dikesan untuk menjalani saringan dan 37 daripadanya positif manakala 75 negatif dan 55 lagi masih menunggu keputusan.

“Ketika dimasukkan ke hospital, ujian saringan mendapati pesakit terbabit negatif namun apabila mendapatkan rawatan di hospital berkenaan, ujian calitan kali kedua mendapati dia positif.

“Berikutan itu, pesakit berkenaan menjangkiti beberapa petugas hospital dan merebak di kawasan daerah Melaka Tengah dan Jasin,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat hari ini, sebanyak 90 kes baharu direkodkan dan 81 daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala dua lagi jangkitan import dan tujuh jangkitan dalam kalangan banduan.

“Jumlah itu sekali gus merekodkan kes positif yang dirawat setakat hari ini seramai 1,299, yang mana sembilan daripadanya masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala tiga lagi memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Jelasnya, seramai 23 pesakit telah dilaporkan sembuh manakala tiada kematian direkodkan di negeri ini hari ini.

Views:

526
Kongsi :
Previous post Lampu berbentuk COVID-19 hanya kebetulan: Shadan
Next post Hotel Equatorial Pulau Pinang tutup operasi akhir Mac depan
Ubah saiz-+=