KEM TERENDAK SAKSI KESERASIAN TENTERA DAN MASYARAKAT 

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

SUNGAI UDANG 2 Ogos – Kem Terendak menjadi lokasi mengeratkan hubungan antara warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masyarakat menerusi penganjuran Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Sukan Badan Beruniform Piala Ketua Menteri 2026.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, pengisian kedua-dua kejohanan itu juga tidak hanya tertumpu semata-mata kepada aktiviti sukan sebaliknya turut menyentuh aspek kerohanian, Seni serta budaya.

Katanya, kejohanan itu diselitkan dengan penganjuran program Terendak Berselawat yang buat pertama kalinya dianjurkan dan menjadi sejarah buat Kem Terendak.

“Inisiatif berkenaan mencerminkan usaha Kerajaan Negeru bersama pihak tentera dalam mewujudkan ruang interaksi yang lebih dekat antara anggota keselamatan dan orang awam.

“Kita ada Terendak Berselawat dan kita ada juga Konsert Rakyat yang diadakan buat pertama kali dalam sejarah di Kem Terendak ini untuk menunjukkan keserasian dan kebersamaan anggota tentera bersama dengan pihak awam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati dan Kejohanan Sukan Badan Beruniform Piala Ketua Menteri Melaka Tahun 2026 yang disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, di Pavilion, Kem Terendak, di sini, pada Sabtu.

Rais yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang berkata, turut merakamkan penghargaan kepada warga Kem Terendak dan Kem Sungai Udang yang berganding bahu sebagai tuan rumah sehingga memastikan keseluruhan program berlangsung lancar dan mendapat sambutan menggalakkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

632
Kongsi :
Previous post PERUNTUKAN RM1 JUTA PERCEPAT USAHA PULIH BEKALAN AIR DI KEM TERENDAK
Next post PENGANJURAN SUKAN DUA JIWA SATU HATI TONJOL PERANAN TDM DI MATA RAKYAT