THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 19 Oktober – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa memenangi perseorangan wanita, semalam.

Thanusaa yang membuat penampilan ketiga pada kejohanan itu mengejutkan pilihan utama K Sehveetrraa dari Kedah dalam aksi final yang berlangsung di Gelanggang Astaka, Petaling Jaya.

Menurutnya, kemenangan itu merupakan hadiah bermakna buat dirinya apabila berjaya menepati ramalan yang diberikan oleh Kontinjen Melaka.

“Ini adalah penyertaan ketiga di SUKMA dan saya berjaya merangkul pingat emas.

“Selepas ini sekiranya terpilih untuk mewakili negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur tahun depan sasaran saya juga adalah untuk mendapat pingat emas untuk Malaysia.

“Untuk itu saya akan berlatih lebih gigih untuk kembali lebih bertenaga kerana ini belum cukup untuk saya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Melaka, Mohd Asri Ninggal berkata, pihaknya sememangnya menjangkakan Thanusaa mampu meraih pingat emas berdasarkan prestasi cemerlang yang ditampilkan atlet itu pada temasya SUKMA sebelum ini.

“Thanusaa turut menunjukkan perkembangan prestasi yang positif dan mempunyai potensi besar untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

176
Kongsi :
Previous post KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM