LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI

Masa Membaca:56 Saat

KUALA LINGGI 20 Ogos – Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan rakyat sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Rosli Abdullah berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka meluluskan sudah meluluskan pemasangan 12 unit lampu solar untuk 12 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

“Lokasi pemasangan lampu solar berkenaan adalah berdasarkan kepada cadangan yang diberikan oleh Pengerusi JPKK. Semoga kemudahan ini dapat meningkatkan aspek keselamatan, pencahayaan serta keselesaan warga DUN Kuala Linggi.

“Saya juga amat berterima kasih kepada Exco Kerja Raya, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer kerana mempermudahkan segala urusan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Rosli yang juga Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri berkata, DUN berkenaan juga akan mendapat tambahan lampu solar menerusi Program Cahaya Melaka dilaksanakan oleh Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM).

Katanya, inisiatif itu melibatkan pemasangan lampu solar di beberapa tanah perkuburan Islam, sekali gus memudahkan urusan pengebumian pada waktu malam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

492
Kongsi :
Previous post MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
Next post MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT