JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BAWA BERITA BAIK UNTUK DUN MACHAP JAYA

Masa Membaca:2 Minit, 36 Saat

MACHAP JAYA 23 Ogos – Lebih 15 bentuk sumbangan dan inisiatif dibawa pada siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, sumbangan dan inisiatif itu melibatkan peruntukan berjumlah RM150,000 khusus untuk menyantuni serta memberi manfaat kepada warga DUN Machap Jaya.

Katanya, antara yang memperoleh manfaat bagi jelajah kali ini adalah Ishak Alin dari Kampung Bukit Bulat yang menerima kunci rumah baharu bernilai RM70,000.

Menurutnya, pada masa yang sama, sebanyak 26 jenis bantuan perumahan bernilai RM649,000 turut disediakan bagi memberi manfaat kepada 25 keluarga di DUN Machap Jaya, menerusi kerjasama Lembaga Perumahan Melaka (LPM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

“Kita menyantuni golongan memerlukan menerusi Sumbangan Ziarah Kasih berjumlah RM5,100 melibatkan 51 penerima, ketiga sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan komuniti Orang Asli, kita turut menyalurkan sumbangan beras kepada 204 Ketua Isi Rumah daripada tujuh perkampungan Orang Asli di DUN Machap Jaya.

“Keempat dalam aspek kesihatan, RM15,000 diperuntukkan bagi penyediaan alat bantu kesihatan melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Baru (JPKKB, di samping sumbangan RM1,500 kepada tiga Klinik Kesihatan.

“Kelima dalam aspek pendidikan, lebih RM49,000 disalurkan kepada dua sekolah menengah, 13 buah sekolah rendah, dua buah pusat tahfiz, tujuh buah Sekolah Rendah Agama JAIM serta tiga buah Tadika JAIM. Keenam kita turut menyumbang RM18,000 kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, empat balai polis, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Alor Gajah serta enam Kawasan Rukun Tetangga, termasuk penyediaan peralatan dan barangan pelbagai guna untuk kegunaan komuniti setempat,” kata Ketua Menteri.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya di Dewan Terbuka Felda Tun Ghafar, Menggong, hari ini.

Hadir sama Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Datuk Fairul Nizam Roslan serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri merangkap Adun Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem.

Yang turut hadir Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Md Azhan Samat, Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Sementara itu ketujuh pula RM12,000 disalurkan kepada 24 buah rumah ibadat di seluruh DUN Machap Jaya, melibatkan tujuh masjid, lima buah kuil dan 12 buah tokong.

“Kelapan pula, bagi membantu meringankan perbelanjaan harian rakyat, sebanyak 1,600 kampit beras percuma bernilai lebih RM25,000 turut diagihkan untuk warga DUN Machap Jaya.

“Apa yang lebih menarik lagi, jelajah kita pada hari ini bukan sahaja membawa bantuan, tetapi turut mendekatkan perkhidmatan terus kepada rakyat melalui Saringan Kesihatan Percuma bersama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dengan kerjasama klinik-klinik swasta iaitu Medipulih Klinik dan Protecthealth yang turut sama menyertai jelajah hari ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

551
Kongsi :
Previous post ‘KITA TAK PILIH SIAPA MAHU DIDENGAR, SIAPA MAHU DIBANTU’ – AB RAUF
Next post TOK RAUF PUJI KOMITMEN, KEGIGIHAN AH SEM