
Prihatin peniaga, UiTM lanjut pengecualian sewa premis enam bulan lagi
SHAH ALAM 28 Jan. -Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi lanjutan pengecualian sewaan selama enam bulan lagi kepada peniaga yang menyewa premis di setiap cawangan universiti di seluruh negara.
Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ir. Mohd Azraai Kassim berkata, pengecualian itu antara inisiatif UITM Prihatin bagi mengurangkan beban peniaga di premis universiti itu yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Katanya, inisitaif tambahan buat kali kedua itu diteruskan selepas pengecualian pertama dilaksanakan pada April hingga September tahun lalu.
“Pengecualian khas ini diberikan secara automatik kepada penyewa yang layak membabitkan 718 peniaga dengan nilai pendapatan sewaan UiTM hampir RM2.74 juta bermula pada 1 Oktober 2020 hingga 30 Mac 2021.
“Walaupun ia memberi kesan kepada pendapatan UiTM, pengurusan tertinggi bersimpati dan memahami keadaan peniaga terjejas disebabkan majoriti pelajar tidak berada di kampus dan mengikuti pembelajaran atas talian di rumah masing-masing dan hanya sebilangan saja yang menetap di kolej kediaman.
“UiTM berharap dengan inisiatif ini mampu memberi kelegaan buat peniaga yang terkesan dan membolehkan mereka membuat perancangan semula dalam perniagaan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN TAWAR PEMBIAYAAN RM14,000 SEHEKTAR UNTUK TANAM SEMULA SAWIT
AYER MOLEK 12 November - Pekebun kecil kelapa sawit persendirian yang mempunyai pokok berusia lebih 25 tahun digalakkan melaksanakan tanaman...
PRN MELAKA: KERJASAMA BN-PN DI LENDU, PENYATUAN TANPA PINGGIR KAUM LAIN
LENDU 12 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04...
PELANCONG INDIA TERPESONA MAGIS MELAKA
BANDA HILIR 12 November - Keunikan sejarah, kepelbagaian budaya serta sajian makanan yang ditawarkan menjadikan Melaka sebuah destinasi pelancongan menarik...
GELOMBANG BIRU MEMUNCAK, BN-PN YAKIN RAIH KELEBIHAN DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 November – Gelombang sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) di Melaka dilihat semakin mengukuh menjelang hari pengundian Pilihan...
MSPO BUKTI SAWIT MALAYSIA MAMPAN, TANGKIS DAKWAAN NEGATIF INDUSTRI
AYER MOLEK 11 November - Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjadi instrumen penting dalam mempertahankan kredibiliti industri sawit negara...
PRN MELAKA: DARI SEJARAH KE MASA DEPAN, AB RAUF SASAR MELAKA JADI HAB PELABUHAN
TANJUNG BIDARA 11 November - Melaka berpotensi mengembalikan kegemilangannya sebagai hab pelabuhan penting negara menerusi pembangunan sektor maritim, berasaskan kedudukan...
