TOK RAUF TIUP SEMANGAT, PERKASAKAN SENI SILAT DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

TANJUNG BIDARA 21 September – Laga Badai Selat Melaka Tanjung Bidara, menjadi permulaan penting dalam usaha untuk terus memperkasakan lagi warisan seni silat Melayu di Negeri Melaka.

Pengerusi merangkap Ketua Guru Kanan Pertubuhan Pengamal Seni Gayong Fatani Negeri Melaka Mohd Ariff Mat Hanafiah berkata, setakat ini terdapat lebih 60 perguruan silat yang aktif di negeri ini.

Katanya, sehubungan itu peluang dibuka Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf untuk mengetengahkan lagi seni silat sepanjang berlangsungnya Pesta Pantai amat dihargai oleh pihaknya.

WhatsApp Image 2026 09 21 at 2.24.27 PM

MOHD Ariff.

“Dianggarkan seramai 1,000 pesilat memeriahkan acara ini, kehadiran merangkumi lapan perguruan sekitar Alor Gajah, dari Klebang dan Paya Rumput. Sebagai penjaga adat dan warisan silat kami menghargai inisiatif dilakukan oleh Ketua Menteri, silat adalah pembentuk bangsa serta negara.

“Diharapkan usaha memperkasakan perguruan silat di Melaka tidak terhenti setakat ini sahaja tetapi terus diperkasakan lagi pada masa akan datang termasuk dengan menyediakan fasiliti khusus untuk sukan silat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mohd Ariff berkata, selain sokongan daripada Ketua Menteri sendiri, pihaknya turut aktif mengadakan kerjasama dengan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bagi memperkasakan seni silat.

6156503120087815230

KETUA Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyampaikan selempang dan tanjak kepada pesilat. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Mengulas lanjut Mohd Ariff berkata, persatuan silat seluruh Melaka kerap dipanggil menjayakan program untuk mempromosi dan menghidupkan serta memartabatkan silat yang dianjurkan oleh PERZIM.

“Sepanjang 2026 setakat ini sahaja sudah empat kali kami bekerjasama dengan PERZIM untuk menjayakan program besar dianjurkan di Melaka. Kami tidak pernah menolak kerana ini adalah medium terbaik untuk semua pihak bersama-sama terus memperkasakan silat.

“Silat ini bukan sekadar untuk mempertahankan diri tetapi menjadi wadah mengeratkan lagi silaturahim dan membendung anak muda kita daripada terjebak dengan perkara negatif yang merugikan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

724
Kongsi :
Previous post MELAKA ARKITEK INOVASI EKONOMI HIJAU, PENERAJU ‘GREEN CHAMPION STATE’
Next post JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT DUN DURIAN TUNGGAL TERIMA SAMBUTAN LUAR BIASA