AB RAUF MAHU INSTITUSI KEWANGAN BANTU USAHAWAN MELAKA BERKEMBANG

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

PAYA RUMPUT 6 Oktober – Institusi kewangan di Melaka diminta mengenal pasti keperluan sebenar usahawan sebelum menyediakan kemudahan pembiayaan bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan usahawan, khususnya peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mendapat akses kepada kemudahan kewangan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

β€œSelaras dengan gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa), saya mahu institusi kewangan yang bertapak di Melaka turut mengambil peranan dalam memajukan usahawan kita.

β€œKenali keperluan mereka, dekatkan kemudahan pembiayaan dan bantu mereka merebut peluang untuk berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Ar-Rahnu X’Change Cawangan Cheng Perdana di Taman Desa Cheng Perdana, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Datuk Md Azhan Samat dan Pengerusi Rakyat Management Service Sdn Bhd, Mohd Jafri Kudus.

Dalam pada itu, beliau berkata kemudahan Ar-Rahnu X’Change menyediakan alternatif kepada rakyat yang memerlukan bantuan kewangan menerusi kaedah pajak gadai Islam yang mematuhi prinsip syariah.

β€œIni merupakan kaedah pajak gadai Islam mengikut syariah dan memberi keyakinan kepada mereka yang memerlukan bantuan kewangan.

β€œTerima kasih kerana menyediakan perkhidmatan ini, sudah tentu ia dapat meringankan beban rakyat yang memerlukan bantuan kewangan berdasarkan harta benda yang digadaikan mengikut syariah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

679
Kongsi :
Previous post ‘ORANG MELAKA SEMUA SABAU DULU, TUNGGU PENGUMUMAN SPR ESOK’ – AB RAUF
Next post PERKEMBANGAN EKONOMI NEGERI TARIK AR-RAHNU X’CHANGE BERTAPAK DI MELAKA