
AR-RAHNU X’CHANGE TEROKA PASARAN MELAKA
PAYA RUMPUT 6 Oktober – Potensi pasaran di Melaka mendorong Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS) memilih negeri ini sebagai lokasi pembukaan outlet miliknya yang pertama di luar Lembah Klang.
Pengerusinya, Mohd Jafri Kudus berkata keputusan itu dibuat selepas RMS mendapati belum ada pihak yang membuka dan mengendalikan Ar-Rahnu XโChange di Melaka sejak syarikat itu menggunakan model francais pada 2006.
“Jadi kita mengambil langkah dengan membuka outlet sendiri dahulu dan kita tengok bagaimana penerimaan di sini, terutama sekitar (Cheng Perdana) ini,โ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Ar-Rahnu XโChange Cawangan Cheng Perdana yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Taman Desa Cheng Perdana, di sini, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Md Azhan Samat.
Menurutnya, RMS juga sedang merancang untuk menambah satu lagi outlet di Masjid Tanah menerusi model francais.
“Kemudahan ini turut menjadi pilihan peniaga kecil yang memerlukan pembiayaan jangka pendek, termasuk bagi mendapatkan modal membeli stok perniagaan.
“Peniaga kecil seperti peniaga pasar malam memang antara profil pelanggan kita. Mereka akan gadaikan emas untuk mendapatkan pembiayaan dan dalam tempoh enam hingga 18 bulan maksimum sebelum boleh menebus semula emas tersebut.
“Sekiranya emas terpaksa dilelong dan hasil jualan melebihi jumlah pembiayaan, lebihannya akan dikembalikan kepada pelanggan. Kita berpandukan Syariah dan sangat berhati-hati dalam memastikan operasi kita mematuhi prinsip itu,โ katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


