PRN MELAKA: UMNO MELAKA MASIH TUNGGU SENARAI PENUH NAMA CALON

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 6 Oktober – Barisan calon akan mewakili UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 tidak lama lagi masih menjadi teka-teki.

Diminta mengulas mengenai perkara itu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, beliau setakat ini masih belum menerima senarai penuh nama calon daripada peringkat bahagian.

Ab Rauf berkata, pihaknya masih menunggu senarai berkenaan sebelum sebarang maklumat mengenai calon dapat dikongsi kepada umum.

“Belum. Tunggu, sabar. Nanti dah dapat nama itu saya beritahu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Lawatan Tapak Projek Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Melaka Gateway, Pulau Melaka, di sini hari ini.

Terdahulu, Ab Rauf meminta rakyat Melaka supaya bersabar menunggu pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung tarikh penamaan calon dan hari pengundian PRN Melaka yang dijangka diumumkan pada sidang media khas esok (7 Oktober).

Beliau menyifatkan pengumuman SPR itu sebagai penentuan ‘hari jadi’ rakyat Melaka, selain meminta semua pihak menunggu pengisytiharan rasmi sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan PRN.

Ab Rauf sebelum ini berkata, semua kepemimpinan UMNO negeri diminta mengemukakan sekurang-kurangnya tiga nama calon bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dibincang dan diperhalusi sebelum keputusan dibuat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

210
Kongsi :
Previous post MAIM PERJELAS ISU PENERIMA TULAR, BANTUAN SUDAH DISALUR SEJAK 2016
Next post PEMBINAAN MICT PERLU IKUT SPESIFIKASI, STANDARD KESELAMATAN DITETAPKAN