
SPR ADAKAN MESYUARAT KHAS HARI INI, TENTUKAN TARIKH PENTING PRN MELAKA
Mesyuarat yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun itu dijadual bermula 10 pagi, sebelum satu sidang media diadakan sejurus selesai mesyuarat berkenaan.
Sidang media tersebut diadakan bagi mengumumkan tarikh penting PRN Melaka termasuk tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon dan undi awal, hari pengundian dan tempoh berkempen serta maklumat mengenai lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.
Pada 22 Sept lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang berkuat kuasa pada 23 Sept bagi memberi laluan kepada PRN Melaka ke-16.
PRN Melaka yang diadakan pada 2021 menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan seterusnya membentuk kerajaan negeri, manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima kerusi diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan dua kerusi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAPEX MELAKA 2026 TAWAR LEBIH 59 PROJEK HARTANAH, HARGA SERENDAH RM90,000
BANDARAYA MELAKA 7 Oktober - Ekspo Hartanah dan Perumahan Melaka (MAPEX Melaka) 2026 menawarkan lebih 59 projek pembangunan hartanah menerusi...
14,789 PETAK PARKIR MBMB PERCUMA SETIAP ISNIN, SELASA
AYER KEROH 7 Oktober - Sebanyak 14,789 petak parkir di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) disediakan secara percuma...
MeSRa SUKAN: MELAKA BINA ‘JUARA’ DARI AKAR UMBI
AYER KEROH 6 Oktober - Dari gelanggang komuniti hingga ke podium kejohanan antarabangsa, pembangunan sukan Melaka digerakkan melalui rangkaian program...
PEMBINAAN MICT PERLU IKUT SPESIFIKASI, STANDARD KESELAMATAN DITETAPKAN
BANDA HILIR 6 Oktober - Kerajaan Negeri mahu pembinaan setiap komponen Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) dilaksanakan mengikut spesifikasi...
PRN MELAKA: UMNO MELAKA MASIH TUNGGU SENARAI PENUH NAMA CALON
BANDA HILIR 6 Oktober - Barisan calon akan mewakili UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 tidak lama lagi...
MAIM PERJELAS ISU PENERIMA TULAR, BANTUAN SUDAH DISALUR SEJAK 2016
AYER KEROH 6 Oktober - Tular di media sosial berkaitan seorang wanita yang mendakwa tidak menerima bantuan daripada Majlis Agama...
