PRN MELAKA: 271 PUSAT MENGUNDI, 1,263 SALURAN DIBUKA

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

KOTA LAKSAMANA 7 Oktober – Sebanyak 271 pusat mengundi akan dibuka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan ia membabitkan sebanyak 1,263 tempat mengundi atau saluran.

Beliau berkata, bagi undi awal pada 10 Oktober 2026 beliau berkata, sebanyak 31 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 50 tempat mengundi atau saluran awal dibuka.

Manakala, bagi pengundi biasa pada 14 November, sebanyak 240 buah pusat mengundi dibuka membabitkan 1,213 tempat mengundi atau saluran.

PRN Melaka Ke-16 melibatkan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan akan menyaksikan rakyat negeri itu memilih Kerajaan Negeri bagi penggal baharu.

PRN Melaka Ke-16 diadakan susulan pembubaran DUN Melaka Ke-15 pada 23 September lalu.

Pembubaran itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

PRN Melaka ke-15 pada 20 November 2021 yang lalu menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN untuk membentuk Kerajaan Negeri dengan majoriti dua pertiga.

Pakatan Harapan (PH) pula memenangi lima kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh dua kerusi.

Keputusan itu menyaksikan BN memenangi kerusi di Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Pantai Kundor, Paya Rumput, Kelebang, Pengkalan Batu, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.

Lima kerusi dimenangi PH ialah Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir, manakala PN memenangi Sungai Udang dan Bemban.

PRN Melaka 2021 menyaksikan seramai 326,068 atau 65.85 peratus daripada keseluruhan pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

286
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: 11,175 PETUGAS PILIHAN RAYA DILANTIK
Next post PRN MELAKA: 14 HARI TEMPOH BERKEMPEN