
PRN MELAKA: 14 HARI TEMPOH BERKEMPEN
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober – Tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas proses penamaan calon pada 31 Oktober sehingga sehingga jam 11.59 malam, 13 November 2026 (Jumaat).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Melaka Ke-16 melibatkan kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Tempoh berkempen itu memberi ruang kepada calon dan parti bertanding memperkenalkan manifesto, menyampaikan tawaran serta mendapatkan sokongan pengundi di seluruh negeri.
PRN Melaka Ke-16 diadakan susulan pembubaran DUN Melaka Ke-15 pada 23 September lalu.
Pembubaran itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam.
Pada PRN Melaka Ke-15 pada 20 November 2021, Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN untuk membentuk Kerajaan Negeri dengan majoriti dua pertiga.
Pakatan Harapan (PH) pula memenangi lima kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh dua kerusi.
PRN Melaka 2021 menyaksikan seramai 326,068 pengundi atau 65.85 peratus daripada keseluruhan pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: SPR BUKA PERMOHONAN PEMERHATI PILIHAN RAYA
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober β Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka peluang kepada agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta mana-mana...
PRN MELAKA LIBATKAN KOS RM28.45 JUTA
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Melaka dijangka melibatkan anggaran perbelanjaan berjumlah RM28.45 juta. Pengerusi Suruhanjaya...
PRN MELAKA: SPR PERKENAL SISTEM OCR-VA, PERCEPAT SEMAKAN KEHADIRAN PENGUNDI
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperluaskan pelaksanaan projek rintis Sistem Optical Character Recognition β Voter...
MELAKA MEMILIH PADA 14 NOVEMBER, 687,697 RAKYAT LAYAK MENGUNDI
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Rakyat Melaka akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: 271 PUSAT MENGUNDI, 1,263 SALURAN DIBUKA
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Sebanyak 271 pusat mengundi akan dibuka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan...
PRN MELAKA: 11,175 PETUGAS PILIHAN RAYA DILANTIK
KOTA LAKSAMANA 7 Oktober - Seramai 11,175 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 pada...
