MELAKA INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE JAMBOREE TARIK 1,000 PENYERTAAN TERMASUK WAKIL 10 NEGARA LUAR

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

RIM 10 Oktober – Pertandingan sukan basikal lasak di Taman Ekstrem Tasik Chin Chin, Jasin semakin semakin mendapat sambutan termasuk dalam kalangan peserta luar negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, memasuki edisi ketiga Melaka International Mountain Bike Jamboree 2026 menggamit 1,000 peserta termasuk dari 10 negara luar merangkumi rantau Asia, Eropah, Amerika dan Australia.

Katanya, perkembangan itu mencerminkan satu pencapaian yang cukup hebat dan membuktikan bahawa jamboree dianjurkan di Negeri Melaka semakin mendapat perhatian komuniti berbasikal antarabangsa.

“Bermula sebagai acara berbasikal di kawasan desa, Melaka International Mountain Bike Jamboree terus berkembang dan semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar sukan lasak.

“Saya mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran seluruh peserta yang sanggup datang merentas sempadan, malah merentas benua untuk menyahut cabaran di bumi Jasin ini.

“Tidak kira dari mana tuan-tuan dan puan-puan datang, hari ini kita disatukan oleh semangat dan kecintaan yang sama terhadap sukan berbasikal. Selamat datang ke Melaka,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Melaka International Mountain Bike Jamboree 2026 di Taman Ekstrem Tasik Chin Chin, Jasin, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam dan Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Ab Rauf berkata, acara itu juga memperkukuhkan lagi semangat persahabatan yang melangkauai batasan sempadan.

“Gunakan kesempatan yang ada untuk meneroka Melaka sepanjang anda berada di bumi bertuah ini, saya juga amat mengalu-alukan anda semua untuk datang semula ke Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

658
Kongsi :
Previous post ZON BEBAS KENDERAAN LUBUK REZEKI 200 PENIAGA
Next post MELAKA TERUS PERKASA PELANCONGAN SUKAN, LUAR BANDAR