PPSPM PERLUAS JARINGAN KORPORAT PROMOSI MELAKA RIVER CRUISE

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 14 Oktober – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) meneroka kerjasama strategik bersama jenama fesyen tempatan bagi memperluas peluang pengiklanan dan pemasaran Melaka River Cruise.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Shaharul Azuar Idris berkata, perbincangan bersama BONIA Group di Pavilion Kuala Lumpur itu membuka ruang untuk mempelbagaikan pendekatan promosi produk pelancongan berkenaan menerusi kerjasama sektor korporat.

“Perbincangan turut meliputi peluang promosi bersama dan pemasaran menerusi media sosial bagi memperluas capaian kedua-dua jenama kepada kumpulan sasaran yang lebih luas.

“Kerjasama ini berpotensi mewujudkan nilai komersial kepada kedua-dua pihak, selain memperkukuh promosi Melaka River Cruise sebagai antara produk pelancongan utama negeri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2026 10 13 at 12.39.48 PM
SESI perbincangan kerjasama antara PPSPM dan BONIA Group.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Korporat PPSPM, Khairunnisa Ibno Masooda,  dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Kumpulan CB Holdings (Malaysia) Sdn Bhd, Gan Teck Hock.

Beliau berkata, antara perkara yang dibincangkan ialah peluang pengiklanan pada bot dan papan iklan Melaka River Cruise bagi meneroka ruang pemasaran yang saling memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Kerjasama yang diteroka ini diharap dapat membuka peluang komersial baharu kepada PPSPM, selain menyokong usaha memperluas pemasaran produk pelancongan Melaka,” katanya.

BONIA yang diasaskan pada 1974 merupakan jenama fesyen premium tempatan berkonsepkan warisan fesyen (fashion heritage), selain mempunyai kilang pengeluaran di Merlimau yang mengukuhkan hubungannya dengan Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

501
Kongsi :
Previous post MeSRa: DI MELAKA, SETIAP JALAN ADA CERITA..
Next post DATARAN VISTA ALAMANDA, TAMAN MUHIBAH JADI RUANG REKREASI LEBIH INKLUSIF