‘JELITA’ BUKA LALUAN WANITA KUASAI KEMAHIRAN DALAM 12 JAM

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

DURIAN TUNGGAL 27 Oktober – Latihan intensif selama 12 jam menerusi Program ‘Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement’ (JELITA) membuka peluang kepada kaum hawa meningkatkan kemahiran teknikal dan digital bagi memenuhi keperluan industri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 50 program pensijilan berasaskan industri ditawarkan menerusi inisiatif itu khusus untuk wanita melalui pendekatan latihan singkat dan fleksibel.

Katanya, usaha itu selari dengan penekanan Majlis TVET Negara untuk membuka lebih banyak laluan kepada wanita dalam bidang kemahiran dan teknikal yang sebelum ini dianggap kurang sinonim dengan kaum hawa.

β€œDalam era kemajuan teknologi ini, kita mesti merangkul kekuatan dan bakat wanita untuk menguasai automasi, elektrik dan elektronik, pembuatan termaju serta teknologi digital, sekali gus memacu industri masa hadapan negara.

β€œSebab itu, saya menyambut baik usaha JELITA menawarkan program pensijilan berasaskan industri melalui konsep ’12 Hours Sprint Training’ khusus untuk wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup JELITA Latihan Pecutan Intensif 12 Jam di Dewan Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek; Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Penasihat TVET JELITA Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari serta Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata, keberkesanan latihan itu perlu dinilai berdasarkan keupayaan peserta mengaplikasikan kemahiran baharu dalam pekerjaan dan perniagaan masing-masing.

Menurutnya, peserta mempelajari kecerdasan buatan (AI) seharusnya mampu memanfaatkan teknologi itu untuk meningkatkan produktiviti, manakala usahawan boleh menggunakan kemahiran diperoleh untuk meluaskan pasaran dan meningkatkan pendapatan.

β€œKeupayaan baharu inilah yang semakin menentukan nilai seseorang dalam dunia pekerjaan. Teknologi terus berkembang, tuntutan industri semakin tinggi dan kemahiran perlu sentiasa diperbaharui.

β€œSebab itu saya sering menegaskan bahawa ‘skills are the new currency’,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

650
Kongsi :
Previous post KEMAS PERLU BERUBAH, JANGAN SEKADAR LAKSANA PROGRAM – TPM
Next post TIGA ASPEK UTAMA PERKASA JELITA – TPM