
PKP 2.0 dilanjutkan bermula 5 hingga 18 Februari
KUALA LUMPUR 2 Feb. – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sedang dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak, yang dijadualkan berakhir pada 4 Februari ini, dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 18 Februari depan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu diambil atas penilaian risiko dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyaksikan trend peningkatan kes di semua negeri.
Perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini, katanya pada sidang media perkembangan PKP di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.
“KKM mengesahkan kes harian di kesemua negeri-negeri ini masih menunjukkan trend peningkatan dengan kadar positivitinya dalam kluster adalah 20 hingga 40 peratus, malah penularan sporadik dalam komuniti juga tinggi yang melibatkan warga negara dan juga yang bukan warganegara.
“Sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan PKP 2.0 di seluruh negara bermula dari 5 hingga 18 Feb kecuali kawasan-kawasan di Sarawak yang telah diisytiharkan di bawah PKP Bersyarat (PKPB),” katanya. – BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
