PRN MELAKA: NAIB PRESIDEN UMNO, PAS IRING RAIS DI SUNGAI UDANG

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

SUNGAI UDANG 31 Oktober – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Datuk Rais Yasin mendapat suntikan semangat pada penamaan calon apabila diiringi beberapa nama besar.

Antara yang hadir mengiringi beliau adalah Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah; Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak Datuk Azian Osman serta lain-lain kepimpinan BN pusat dan negeri.

Turut bersama, rakan strategik daripada Perikatan Nasional (PN) iaitu Naib Presiden Pas Datuk Idris Ahmad; Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz; serta lain-lain kenamaan.

Rais dan kenamaan dijadual bergerak menuju ke Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Serbaguna Akademi Latihan RELA Malaysia (ALARM) kira-kira jam 9 pagi.

Pada PRN Melaka 2021, kerusi DUN Sungai Udang dimenangi calon PN, Dr. Mohd Aleef Yusof dengan memperoleh 6,789 undi dan majoriti 530 undi.

Beliau menewaskan calon BN, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang memperoleh 6,259 undi, calon Pakatan Harapan (PH), Hasmorni Tamby dengan 2,035 undi serta calon Bebas, Mohd Zahar Hashim yang mendapat 471 undi.

PRN Melaka Ke-16 menyaksikan hari pengundian awal ditetapkan pada 10 November, manakala hari pengundian berlangsung pada 14 November ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

263
Kongsi :
Previous post MUCM CIPTA REKOD 62 HAK CIPTA SEHARI, TERTINGGI BAGI UNIVERSITI
Next post ‘GELOMBANG BIRU’ IRINGI TOK AJAK