ANUGERAH EMAS BUKTI MUTU PERKHIDMATAN MPJ

Masa Membaca:56 Saat

JASIN 5 November – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meraih pengiktirafan Anugerah Emas sempena Persidangan Nasional Reformasi Karenah Birokrasi 2026 selepas berjaya meningkatkan kecekapan pemantauan dan penyampaian perkhidmatan bandar, baru-baru ini.

Yang Dipertua MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, pengiktirafan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) itu membuktikan komitmen berterusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan dalam memperkukuhkan tadbir urus serta meningkatkan produktiviti organisasi.

“Pengiktirafan ini diberikan diatas kejayaan MPJ meningkatkan kecekapan sebanyak 90 peratus dalam pemantauan dan penyampaian perkhidmatan bandar.

“Ini sekali gus mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam memperkukuhkan tadbir urus, meningkatkan produktiviti serta menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Muhammad Zahiruddin berkata, persidangan yang berlangsung selama dua hari bermula pada 28 hingga 29 Oktober lalu turut menjadi platform memperkukuh agenda reformasi birokrasi, khususnya dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan mengurangkan kerenah birokrasi.

“Komitmen ini akan diteruskan menerusi budaya kerja berprestasi tinggi dan pelaksanaan inisiatif penambahbaikan secara berterusan.

“Selain itu, MPJ akan terus mempergiat usaha memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan mutu perkhidmatan demi kesejahteraan penduduk dan pembangunan mampan daerah Jasin khususnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

770
Kongsi :
Previous post TIDAK BERMINAT BERDEBAT, AH SEM PILIH FOKUS KERJA LAPANGAN
Next post MBMB BUKAN SEKADAR REKOD MASALAH RAKYAT, TETAPI DISUSULI TINDAKAN