PENTAS GELOMBANG BIRU SERENTAK DI 28 DUN, BUKTI KESERASIAN KERJASAMA BN-PN

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERKAM 10 November – Penganjuran Ceramah Gelombang Biru secara serentak di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menjadi manifestasi kekuatan kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, program berkenaan menghimpunkan kepimpinan BN dan PN seluruh negara bagi memperlihatkan kesepakatan serta memperkukuh persefahaman antara kedua-dua gabungan.

“Program ini melibatkan semua pihak. Malah demi kesepakatan, semua program yang dijadualkan telah dibatalkan bagi memberi laluan untuk kita menunjukkan ukhuwah dan kekuatan serta mempertingkatkan persefahaman antara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ceramah Gelombang Biru di Balai Islam Serkam Darat, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary dan calon BN bagi DUN Serkam, Datuk Azman Abdullah.

Dalam pada itu, Shaiful Hazizy berkata, kerjasama politik berkenaan turut membawa matlamat mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam, selain memastikan hak masyarakat berbilang kaum terus dihormati.

“Kita sudah bersedia untuk terus mempertahankan Islam dan Melayu tanpa menafikan hak-hak kaum yang lain,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan kepentingan masyarakat majmuk terus dipelihara menerusi kerjasama politik yang dibentuk.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

154
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: LERAI KESESAKAN BANDAR HILIR JADI AGENDA JASMINE