
SPR REKOD 237 LAPORAN KESALAHAN KECIL PILIHAN RAYA
SUNGAI UDANG 10 November – Sebanyak 237 kesalahan pilihan raya dilaporkan kepada pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat semalam, kata Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun.
Ramlan berkata, kesalahan dilaporkan sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 itu disifatkan sebagai kesalahan kecil berkaitan peraturan pilihan raya seperti aktiviti kempen, bendera dan bahan kempen.
“Setakat ini perjalanan PRN Melaka Ke-16 secara keseluruhan lancar tanpa laporan insiden besar. Dengan baki beberapa hari sebelum pengundian (14 November), saya menyeru semua pihak supaya menjaga ketertiban sepanjang meneruskan kempen,” katanya
Beliau berkata demikian pada sidang media Hari Pengundian Awal di Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak di sini, hari ini.
Bagi PRN Melaka kali ini, SPR sebelum ini mengumumkan penubuhan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti sepanjang tempoh rasmi berkempen.
Pasukan berkenaan turut dianggotai wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil calon yang bertanding.
Tempoh berkempen berlangsung sehingga 13 November, sebelum pengundian biasa diadakan pada 14 November ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELVIN MAHU LAKSANA TIGA AGENDA UTAMA DALAM 100 HARI, BUKTI KPI
KOTA LAKSAMANA 10 November - Tiga agenda melibatkan kebajikan warga emas, penambahbaikan kemudahan kesihatan dan pengukuhan tahap keselamatan penduduk menjadi...
SPR SASAR 95 PERATUS KELUAR MENGUNDI AWAL PRN MELAKA
SUNGAI UDANG 10 November – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan jumlah pemilih keluar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi...
TOK AJAK TAK PERNAH BERHENTI BERKHIDMAT
TELOK MAS 10 November - Tidak meninggalkan penduduk Telok Mas meskipun pernah tewas pada pilihan raya menjadi bukti komitmen penyandang...
PENTAS GELOMBANG BIRU SERENTAK DI 28 DUN, BUKTI KESERASIAN KERJASAMA BN-PN
SERKAM 10 November - Penganjuran Ceramah Gelombang Biru secara serentak di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menjadi manifestasi kekuatan...
PRN MELAKA: LERAI KESESAKAN BANDAR HILIR JADI AGENDA JASMINE
BANDA HILIR 10 November - Kesesakan lalu lintas di kawasan tumpuan pelancongan antara isu utama yang mahu ditangani calon Barisan...
PRN MELAKA: RAIS JANJI 30 PERATUS PERUNTUKAN SUNGAI UDANG UNTUK KEBAJIKAN, AKTIVITI TENTERA
SUNGAI UDANG 10 November - Sebanyak 30 peratus daripada peruntukan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang akan dikhususkan bagi...
