
CUACA BAIK, PENGUNDI DUN AYER MOLEK DISARAN KELUAR AWAL
AYER MOLEK 14 November – Pengundi khususnya N.18 Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek disaran supaya keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing seawal mungkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, hari ini.
Calon Barisan Nasional (BN) DUN Ayer Molek Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, pengundi perlu memanfaatkan keadaan cuaca baik pada sebelah pagi untuk keluar mengundi bagi mengelakkan hujan yang kebiasaannya melanda pada waktu petang.
Beliau yang juga Pengerusi BN Hang Tuah Jaya berkata, pengundi disaran tidak menangguhkan proses pengundian bagi mengelakkan sebarang kesulitan sekiranya keadaan cuaca berubah.
“Saya saran kepada semua pengundi termasuk di DUN Ayer Molek untuk keluar awal serta menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam keadaan lebih selesa dan lancar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang, di sini, hari ini.
Terdahulu, Mohd Ridhwan tiba di pusat mengundi kira-kira jam 8.46 pagi bersama isteri Datin Dr. Nur Azieha Ali sebelum menyelesaikan proses pengundian di saluran nombor 4 pada jam 8.52 pagi tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MACAM HARI RAYA, RAZALE LENGKAP BERBAJU MELAYU DAN TANJAK
MERLIMAU 14 November - Suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di Merlimau tampil dengan kelainan apabila seorang pengundi hadir...
‘SAYA RASA SUDAH DEWASA’ JARI BERDAKWAT, TERUJA UNDI KALI PERTAMA
AYER MOLEK 14 November - Pengalaman pertama kali mengundi bukan sahaja mencetuskan keterujaan, malah menjadi kenangan manis buat seorang gadis...
BERKAIN PELIKAT, BERTENGKOLOK TUNAI TANGGUNGJAWAB MENGUNDI
DUYONG, 14 November – Penampilan unik seorang warga emas yang hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dengan berkain pelikat dan bertengkolok...
PAGAR BELUM DIBUKA, KADHI MATHI TIBA AWAL SEMANGAT MAHU TUNAI TANGGUNGJAWAB
PAYA RUMPUT 14 November – Ketika pagar pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Rumput masih berkunci, K Kandhi Mathi, 69,...
MULA-MULA NERVOUS, LEPAS TU LEGA! – PENGUNDI MUDA TERUJA TUNAI UNDI PERTAMA
MACHAP 14 November - Perasaan gementar dialami oleh seorang pengundi muda akhirnya bertukar lega selepas selesai menunaikan tanggungjawabnya di pusat...
PRN MELAKA: DR. AKMAL KOMITED TERUSKAN KHIDMAT TERBAIK UNTUK WARGA MERLIMAU
MERLIMAU 14 November - Komitmen turun padang, menyantuni penduduk dan menyelesaikan aduan masyarakat akan terus menjadi keutamaan Datuk Dr. Muhamad...
