
ADLY TIDAK TERKEJUT, HORMATI KEPUTUSAN PENGUNDI
BUKIT KATIL 14 November – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari tidak terkejut dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, sebaliknya menghormati mandat yang diberikan rakyat.
Beliau berkata, keputusan berkenaan perlu diterima kerana rakyat mempunyai hak untuk membuat penilaian dan menentukan wakil rakyat yang mahu dipilih bagi kawasan masing-masing.
Katanya, PH menerima keputusan itu secara terbuka dan menjadikannya sebagai asas untuk memperkukuh usaha serta gerak kerja parti pada masa hadapan.
“Saya hormati keputusan rakyat kerana mereka ada keputusan mereka sendiri untuk buat penilaian,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan di Bukit Baru di sini, malam ini.
Mengulas prestasi PH pada PRN kali ini, Adly berkata, gabungan itu akan membawa keputusan berkenaan ke Mesyuarat Majlis Presiden untuk diteliti secara menyeluruh.
“Penelitian ini turut mengambil kira keputusan pilihan raya di negeri lain termasuk Johor dan Negeri Sembilan bagi menilai perkembangan sokongan rakyat terhadap gabungan berkenaan,” katanya.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PH memenangi empat daripada 28 kerusi DUN yang ditandingi iaitu Kota Laksamana, Kesidang, Ayer Keroh dan Bandar Hilir.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: MOMENTUM ‘GELOMBANG BIRU’ BUKTI RAKYAT PILIH REKOD PENCAPAIAN, TOLAK RETORIK POLITIK
AYER KEROH 14 November - Kejayaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memperoleh majoriti lebih dua pertiga pada Pilihan...
PRN MELAKA: KERJASAMA BN-PN AKAN BENTUK KERAJAAN STABIL, KUKUH, BERWIBAWA
AYER KEROH 14 November - Kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan terus diperkukuh bagi memastikan...
PRN MELAKA: KEMENANGAN HATRIK BUKAN ALASAN UNTUK BERMEGAH – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 14 November - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
PRN MELAKA: KEMENANGAN BN-PN JADI TITIK MULA SATUKAN RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 14 November - Seluruh rakyat Melaka diseru melupakan perbezaan politik dan kembali bersatu bagi memastikan keharmonian masyarakat terus...
14 HARI BERKEMPEN, ADLY AKUI TIDAK SEMPAT KEJAR SOKONGAN
BUKIT KATIL 14 November – Tempoh kempen selama 14 hari tidak mencukupi buat untuk merapatkan jurang sokongan pengundi yang jauh...
PRN MELAKA: BN-PN RASMI BENTUK KERAJAAN NEGERI, MENANG 15 KERUSI – SPR
AYER KEROH 14 November - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Barisan Nasional (BN) memperoleh 15 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan...
