TOK RAUF LUANG MASA SARAPAN BERSAMA RAKYAT

Masa Membaca:40 Saat

PAYA RUMPUT 29 November – Kesempatan yang ada pada hujung minggu dimanfaatkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh untuk menyantuni rakyat.

Bermotosikal dari Masjid Tanah, beliau singgah bersarapan bersama orang ramai di sebuah warung di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) sebelum ke program rasmi.

Beliau berkata, kesempatan itu turut dimanfaatkan untuk bertegur sapa, bertanya khabar dan beramah mesra bersama pengunjung yang hadir ke warung berkenaan.

“Alhamdulillah, sambil menikmati sarapan, dapatlah saya bertegur sapa, bertanya khabar dan beramah mesra dengan orang ramai.

“Memang meriah orang datang bersarapan hari-hari minggu ini,” katanya menerusi perkongsian di Facebook rasmi beliau.

Gelagat Ketua Menteri yang ‘santai’ bergerak dari meja ke meja untuk bertanya khabar turut digunakan pengunjung pelbagai lapisan umur untuk bergambar kenangan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

265
Kongsi :
Previous post CARUMAN PERKESO: BAN HONG MAHU TERUS BELA PENGAMAL MEDIA SAMBILAN MELAKA