
Balai Polis Lubok China tidak ditutup
SERKAM 6 Feb. – Balai Polis Lubok China masih beroperasi seperti biasa biarpun semua anggotanya diarahkan menjalani kuarantin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, semua anggota terbabit hanya menjalani perintah kuarantin selama 10 hari berikutan terdapat seorang anggota disahkan positif COVID-19 hasil jangkitan daripada ahli keluarganya.
“Berikutan itu beberapa anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah telah ditempatkan di balai itu sementara anggota asal yang bertugas di balai itu menjalani kuarantin.
“Balai Polis Lubok China beroperasi seperti biasa malah tidak menjejaskan sebarang perkhidmatan disediakan seperti dakwaan sesetengah pihak mengatakan ia ditutup seperti disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp semalam,” katanya selepas mengiringi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba meninjau pelaksanaan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 di sebuah kilang pemprosesan ayam di Serkam di sini.
Semalam, MHI melaporkan 13 anggota balai itu diarahkan kuarantin sehingga 8 Februari depan selepas seorang anggota disahkan positif menerima jangkitan itu.
Susulan itu, balai berkenaan telah menjalankan sanitasi di seluruh bangunan itu semalam.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR: KAMPUNG BERINGIN BAKAL JADI PRODUK EKO PELANCONGAN BAHARU MELAKA
DURIAN TUNGGAL 2 November - Kampung Beringin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal bakal dimajukan dan ditransformasikan sebagai lokasi...
‘HEALING ALA BANGSAWAN’, PENGUNJUNG PUAS HATI FASILITI SELESA
BANDARAYA MELAKA 2 November - Panggung Bangsawan Melaka terus mencuri perhatian apabila rata-rata pengunjung menyifatkan fasiliti yang disediakan amat selesa...
PROGRAM ORANG MUDA RANCAK DI MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 2 November - Membawa slogan 'Orang Muda Geng Kita', Puteri UMNO Masjid Tanah terus komited memastikan agenda pembangunan...
‘CRUISE MADANI’ RANCAKKAN MELAKA BILA LARUT MALAM EDISI NOVEMBER
BANDARAYA MELAKA 2 November -Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan cabutan bertuah Cruise Madani bagi setiap pembelian tiket...
WRUR DURIAN TUNGGAL BINA KEYAKINAN PELAJAR PPKI
DURIAN TUNGGAL 2 November - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal berjaya membina keyakinan...
MELAKA MOHON RM1 JUTA BAIK PULIH TREK BALAPAN STADIUM HANG JEBAT
ALOR GAJAH, 1 Nov - Kerajaan negeri Melaka memohon peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS)...
