
Mahkamah Tinggi Melaka tolak permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh KAJD
AYER KEROH 16 Feb. – Mahkamah Tinggi Melaka hari ini menolak permohonan untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman oleh KAJ Development Sdn Bhd (KAJD) bagi mencabar keabsahan notis penamatan perjanjian yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri berkaitan projek penambakan laut.
Hakim Mahkamah Tinggi, Anselm Charles Fernandis membuat keputusan itu di dalam kamar dengan kehadiran Peguam Kanan Persekutuan, Zairani Tugiran mewakili Jabatan Peguam Negara dan peguam Abdullah Abdul Rahman mewakili KAJD Sdn Bhd.
Zairani berkata, mahkamah menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan oleh KAJD Sdn Bhd pada 14 Disember tahun lalu.
“Yang Arif hakim membuat keputusan itu selepas mendapati tiada elemen undang-undang awam berkaitan keputusan yang dibuat berhubung notis penamatan dan ia tidak mewajarkan suatu semakan kehakiman.
“Bagaimanapun, dalam prosiding itu peguam memaklumkan syarikat pemaju itu akan memfailkan rayuan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Pada 16 November lalu, kerajaan negeri menerusi satu kenyataan dilaporkan telah memaklumkan mengenai penamatan penambakan laut Melaka Gateway bersama syarikat pemaju berkenaan berkuat kuasa 3 Oktober lalu.
Views:
Related
Berita Lain
USAHAWAN BEG PAKU MELAKA DISARAN TEROKA PASARAN ANTARABANGSA
AYER KEROH 15 Oktober - Usahawan beg paku di Melaka disaran meneroka pasaran antarabangsa termasuk Singapura dan Australia dengan memanfaatkan...
MAJIKAN DI MELAKA BOLEH JIMAT FCLB 80 PERATUS SABTU INI
AYER KEROH 15 Oktober - Majikan di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor berpeluang menikmati diskaun sehingga 80 peratus bagi Faedah...
PROJEK CENDAWAN KEM TERENDAK TERIMA PERUNTUKAN RM30,000
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Projek Urban Farming Cendawan yang sedang dilaksanakan di Kem Terendak menerima kelulusan peruntukan sebanyak RM30,000...
KEUNTUNGAN PERNAMA DIKEMBALIKAN KEPADA WARGA ATM
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Kementerian Pertahanan akan mengehadkan keuntungan Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) bagi memastikan manfaatnya dikembalikan kepada...
PERUNTUKAN PROGRAM EKONOMI MADANI ATM DITINGKATKAN KEPADA RM1.5 JUTA
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Kementerian Pertahanan (MINDEF) meningkatkan peruntukan Program Ekonomi MADANI Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada RM1 juta...
RM35,000 NAIK TARAF PRASARANA SRA JAIM KEM TERENDAK
SUNGAI UDANG 15 Oktober - Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Kem Terendak terpilih sebagai Sekolah Angkat MADANI Lembaga Tabung Angkatan...


