
Sulaiman lawat DUN Lendu
LENDU 13 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini telah turun padang mengadakan lawatan ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, memulakan sesi lawatan dengan solat Subuh berjemaah di Masjid Saidina Umar Al Khattab, dekat sini, yang turut disertai kariah setempat.

Selepas itu, Sulaiman meneruskan sesi lawatan ke beberapa kediaman penduduk dan turut berkesempatan menyampaikan bantuan kit makanan kepada golongan memerlukan.

Beliau turut melawat beberapa premis termasuk pasar basah Erul Farm di Pekan Lendu, Sekolah Tahfiz Baitussiddiq, selain dijadualkan merasmikan program sumbangan 30 buah kerusi roda dari Persatuan Kebajikan Bahagia.
Berita penuh menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR TABOH NANING: KERAJAAN NEGERI KOMITED SEGERAKAN PEMBINAAN KLINIK KESIHATAN BAHARU DI SIMPANG AMPAT
TABOH NANING 2 September - Kerajaan Negeri akan mengangkat semula permohonan pembinaan Klinik Kesihatan (KK) Simpang Ampat yang baharu menerusi...
WRUR TABOH NANING: 2 LOKASI KERAP KEMALANGAN DIPASANG ‘SPEED BREAKER’
TABOH NANING 2 September - Dua lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh...
WRUR TABOH NANING: KAJIAN DALAMKAN SUNGAI BRISU, IKHTIAR ATASI BANJIR
TABOH NANING 2 September - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka diminta untuk melakukan kajian bagi mengatasi banjir akibat limpahan...
DARI KELAS KHAS, SAMSUDDIN KINI MAMPU BERDIKARI, ADA PENDAPATAN SENDIRI
TABOH NANING 2 September - Titipan doa dan kata-kata semangat yang tidak pernah putus daripada ibunya menyuntik semangat dalam diri...
15 TAHUN TIDAK JEJAK ZOO MELAKA, IBU BAWA ENAM ANAK GAMIT KENANGAN LALU
AYER KEROH 2 September - Selepas 15 tahun tidak menjejakkan kaki ke Zoo Melaka seorang pengunjung mengambil kesempatan pada kemasukan...
WRUR TABOH NANING: KLINIK KESIHATAN BAHARU SIMPANG AMPAT PERLU DIREALISASIKAN SEGERA
TABOH NANING 2 September - Pembinaan Klinik Kesihatan Simpang Ampat yang baharu antara keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh...
