
Masalah air dijangka berakhir
ALAI 24 Jun – Masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi 15 pesawah padi di sini sejak lima musim lalu dijangka berakhir tidak lama lagi.
berikutan jaminan Pengarah Pertanian negeri, Mohd Rasydan Mohd Yusup untuk segera menyelesaikannya apabila kerja-kerja membaik pulih paip utama yang membekalkan air dari sungai berdekatan ke sawah dijalankan.

“Paip sebesar enam inci dan sepanjang 800 meter yang rosak mengakibatkan pesawah rugi sejak lima musim lalu.
“Kita akan atasinya sama ada memperbaiki paip yang rosak atau menggantinya dengan yang baru,” katanya ketika membuat pemantauan di sawah terbabit baru-baru ini.
Hadir sama, Pegawai Pengembangan Tanaman Kawasan Perkhidmatan Ayer Molek, Amir Ahmad.
Seorang pesawah, Md Salleh Md Noh, 46, berkata, mereka kerugian disebabkan masalah bekalan air terutama apabila tiada hujan.
“Alhamdulilah pihak Jabatan Pertanian berjanji akan mengatasinya dalam masa terdekat kerana paip yang rosak membuatkan kami rugi selama lima musim.
“Jika perkara ini diselesaikan, 15 petani tidak akan mengalami kekurangan air di kawasan seluas 38 hektar,” jelasnya.
Views:
Related
Berita Lain
AB RAUF FAIL SAMAN TERHADAP MOHAMAD ALI
AYER KEROH 20 Ogos - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, selesai sesi pemeriksaan utama dalam perbicaraan saman...
MELAKA PERKASA KEHAKIMAN SYARIAH, RUU BAHARU DI FASA AKHIR
AYER KEROH 20 Ogos - Melaka kini di fasa akhir melengkapkan kerangka perundangan bagi memperkukuh sistem kehakiman Syariah negeri menerusi...
‘SAYA PILIH SIAPA BERI MAS KAHWIN TERBAIK’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi Pilihan...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...


