
Penunggang motosikal maut dirempuh
PAYA RUMPUT 25 Jun – Seorang penunggang berusia 35 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Krubong, di sini malam tadi.
Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 10.20 malam manakala pemandu kereta jenis Toyota Corolla tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta berusia 28 tahun itu dalam perjalanan dari Peringgit ke Pengkalan, Alor Gajah.
Sebaik tiba di lokasi kejadian berhampiran Jalan Krubong Perdana, katanya, pemandu tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa yang menunggang motosikal secara melawan arus.
“Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Ujarnya, sampel darah mangsa dan pemandu diambil sebelum dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut.
“Dua kenderaan yang terbabit kemalangan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan lanjut.
“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
RM10 JUTA PERKASA INFRASTRUKTUR SUKAN MELAKA
PAYA RUMPUT 27 Julai - Kerajaan Negeri terus memperkasa pembangunan sukan dengan menaik taraf kemudahan sedia ada serta membangunkan infrastruktur...
MPHTJ PERKASA BUDAYA TURUN PADANG, TINGKAT KUALITI PERKHIDMATAN
AYER KEROH 26 Julai – Warga kerja Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) digesa terus memperkukuhkan budaya turun padang, meningkatkan...
SAMB LAKSANA PROJEK ‘WASTEWATER TREATMENT PLANT’, PASTIKAN BEKALAN CUKUP HINGGA 2035
AYER KEROH 26 Julai - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) melaksanakan pelbagai langkah bagi memperkukuh sistem bekalan air negeri dan...
MENCAPAI USIA DUA DEKAD, TRANSFORMASI SAMB JAMIN KEPERLUAN AIR MELAKA
AYER KEROH 26 Julai - Penjenamaannya kepada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) pada 2006 bukan sekadar perubahan pada nama dan...
TOK RAUF RAIKAN LEBIH 2,000 WARGA SAMB DAN AHLI KELUARGA
AYER KEROH 26 Julai - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meraikan lebih 2,000 kakitangan Syarikat Air Melaka...
WRUR PANTAI KUNDOR: KOMBeD PERKASA KOMUNITI CEGAH DENGGI
PANTAI KUNDOR 26 Julai - Penubuhan Komuniti Bebas Denggi (KOMBeD) menjadi antara pendekatan penting Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memperkasakan...
