
Pemandu, kelindan treler maut nahas di Lebuhraya KL-Karak
KUANTAN 12 April. – Seorang pemandu dan kelindan treler membawa muatan bongkah batu maut selepas kenderaan berat itu terbabas dan terbalik di Km43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bentong, kira-kira 200 km dari sini malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, dalam kejadian 9 malam itu, kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam treler berkenaan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh badan.

Mangsa dikenal pasti sebagai Izani Hasri Azmi, 44, dari Marang, Terengganu yang memandu treler itu dan Yusoff Mat Zain, 63, dari Kuantan.
“Kemalangan dipercayai berlaku selepas treler yang dalam perjalanan dari ibu negara ke Bentong itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya terpaksa meminta bantuan pasukan bomba bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mayat dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.
Kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ANUGERAH TOKOH PANGLIMA AWANG, IKTIRAF KECEMERLANGAN ANAK MELAKA DALAM BIDANG PENGAJIAN MARITIM
KUALA LINGGI 1 Oktober - Kerajaan Negeri bercadang untuk memperkenalkan Anugerah Tokoh Panglima Awang sebagai satu bentuk pengiktirafan kepada pelajar...
TENDER JEJANTAS TUN TEJA TELUS, IKUT PROSEDUR PEROLEHAN – MBMB
AYER KEROH 1 Oktober - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menafikan wujud sebarang unsur penyelewengan atau ketidaktelusan dalam proses pemilihan...
‘MEMANG MATA TAK NAMPAK, TAPI SAYA CAM ITU SUARA AH SEM’
MACHAP JAYA 1 Oktober - Gaya pertuturan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem masih...
‘KALAU JEMPUT DIA TAK NAK, TAK APA..KALAU DIA DATANG, KITA BERUNDING’
AYER KEROH 1 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka menghormati pendirian mana-mana parti termasuk Pakatan Harapan (PH) berhubung kerjasama politik...
PRN MELAKA: RUNDINGAN RAKAN STRATEGIK BN DITUNDA
AYER KEROH 1 Oktober - Rundingan Barisan Nasional (BN) Melaka dengan parti yang berpotensi menjadi rakan strategik bagi menghadapi Pilihan...
BN MELAKA SEDIA HADAPI 1,001 KEMUNGKINAN DI 28 DUN
AYER KEROH 1 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka bersedia menghadapi ‘1,001 kemungkinan’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal...
