
Pemandu, kelindan treler maut nahas di Lebuhraya KL-Karak
KUANTAN 12 April. – Seorang pemandu dan kelindan treler membawa muatan bongkah batu maut selepas kenderaan berat itu terbabas dan terbalik di Km43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bentong, kira-kira 200 km dari sini malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, dalam kejadian 9 malam itu, kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam treler berkenaan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh badan.

Mangsa dikenal pasti sebagai Izani Hasri Azmi, 44, dari Marang, Terengganu yang memandu treler itu dan Yusoff Mat Zain, 63, dari Kuantan.
“Kemalangan dipercayai berlaku selepas treler yang dalam perjalanan dari ibu negara ke Bentong itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya terpaksa meminta bantuan pasukan bomba bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mayat dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.
Kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KEJOHANAN EMPAT PENJURU, MEDAN MELAKA FC UJI KESERASIAN PEMAIN
BANDA HILIR 14 Ogos - Kejohanan Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 menjadi medan penting buat Melaka FC...
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERI
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...
PPSPM SUNTIK SEMANGAT ATLET PERAHU NAGA, PINGPONG HADAPI SUKMA
DUYONG 14 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyuntik semangat atlet perahu naga dan pingpong Melaka yang...
