
Sulaiman lawat pejabat MHI
AYER KEROH 14 April. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengadakan lawatan ke pejabat Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd di sini, hari ini.
Ketibaan beliau kira-kira jam 11.30 pagi itu disambut Ketua Pegawai Eksekutif MHI, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pegawai Operasi MHI, Anuar Shaari.
Menerusi lawatan itu beliau turut diberi penerangan oleh Abdul Jalil mengenai sejarah ringkas, operasi dan perancangan akhbar rasmi Kerajaan Negeri Melaka.

Abdul Jalil turut menekankan hala tuju MHI bagi menjana pendapatan tambahan menerusi pelbagai platform digital.
Dalam pada itu, Sulaiman turut memberi cadangan ke arah penambahbaikan MHI supaya lebih dikenali masyarakat khususnya di negeri ini pada masa akan datang.
“Cubalah buat yang terbaik supaya MHI menjadi pilihan nombor satu di Melaka,” katanya.
Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah MHI, Fadhilah Md Saleh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
360 CALON SPM MELAKA NIKMATI TUISYEN MATEMATIK TAMBAHAN PERCUMA
MERLIMAU 28 Jun - Seramai 360 pelajar Tingkatan Lima di Melaka bakal menikmati tuisyen Matematik Tambahan secara percuma menerusi Program...
SERKAM DUN PERTAMA DI MELAKA MILIKI LOKAR UBAT, PUSAT REHABILITASI KOMUNITI
SERKAM 28 Jun - Serkam menjadi Dewan Undangan Negeri (DUN) pertama di negeri ini yang memiliki perkhidmatan Lokar Ubat menerusi...
LAMAN BROMELIAD JADI TARIKAN PELANCONGAN BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 28 Jun - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menjalin kerjasama strategik menerusi...
PAMA: MELAKA PERKUKUH AGENDA PENDIDIKAN, BANTU PELAJAR TERCICIR
MERLIMAU 28 Jun - Kerajaan Melaka terus membuktikan komitmennya dalam memperkasa pendidikan apabila melaksanakan pelbagai program kecemerlangan dan pembangunan sahsiah...
KONSEP ‘GLAMPING’ BAKAL DIPERKENALKAN DI TASIK CHIN CHIN
AYER KEROH 28 Jun - Taman Ekstrem Tasik Chin Chin (TETC) bakal dinaik taraf menerusi pelbagai penambahbaikan termasuk pengenalan konsep...
MPJ PRIHATIN: ‘KINI SAYA BOLEH TIDUR LENA’
RIM 28 Jun - Rata-rata penerima bantuan baik pulih rumah menerusi Program Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Prihatin sempena Wakil Rakyat...

