
Pengarah antara lima ditahan bersabit video iklan judi raya
KUALA LUMPUR 19 April. – Lima lagi individu termasuk pengarah, komposer dan penyanyi yang terlibat dalam pembikinan video iklan lagu raya mempromosi kegiatan judi ditahan polis malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, penahanan kesemua mereka dibuat di sekitar ibu negara dan Selangor.
“Pengarahnya yang diburu sebelum ini dipercayai mendapat arahan daripada sindiket perjudian atas talian untuk menerbitkan video tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata dengan tangkapan itu, jumlah keseluruhan individu yang ditahan terlibat dalam pembikinan dua video iklan lagu raya kontroversi tersebut, adalah seramai 18 orang setakat ini.
Mohamad Zainal berkata kesemua lima individu terbabit akan direman hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata polis masih meneruskan siasatan bagi menjejaki sindiket judi dalam talian yang menjadi dalang dalam pembikinan video tersebut.
Sebelum ini, 13 tangkapan dibuat melibatkan pelakon, penerbit dan kru penerbitan pembikinan video iklan lagu raya mempromosi kegiatan judi itu dengan sembilan tangkapan bagi kes pertama manakala empat tangkapan bagi kes kedua.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TERIMA DUA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA, BUKTI MELAKA RIVER CRUISE SEMAKIN DIKENALI DUNIA
AYER KEROH 23 Jun - Produk pelancongan ikonik negeri, Melaka River Cruise mengukuhkan reputasi di pentas antarabangsa apabila meraih dua...
PELANTIKAN JABATAN, BAPA ANGKAT SUNTIK SEMANGAT ATLET SUKMA MELAKA
AYER KEROH 23 Jun - Inisiatif pelantikan bapa angkat dan jabatan angkat dilihat mampu membantu atlet Melaka untuk memberikan persembahan...
NUR JASMINE TEMUI ISLAM MELALUI KASIH IBU ANGKAT
KESIDANG 23 Jun - Perjalanan hidup Nur Jasmine Qaisara Lee Shin Yi, 25, memeluk Islam sejak 2016 akhirnya membawa dia...
LPM SELESAI BINA 10 RUMAH TRANSIT
AYER KEROH 23 Jun - Sebanyak 10 unit rumah transit telah siap dibina oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM) di seluruh...
RUMAH BAHARU HADIAH TERINDAH BUAT KHADIJAH
AYER KEROH 23 Jun - Selepas lebih tujuh dekad menumpang teduh di rumah pusaka yang semakin uzur dan tidak selama...
BULATAN PALING SIBUK DI MELAKA KINI LANCAR
KESIDANG 23 Jun – Keputusan berani memansuhkan penggunaan lampu isyarat di Bulatan Malim Jaya terbukti menjadi titik perubahan kepada penyelesaian...
