
Bersosial tanpa patuh SOP di kedai makan punca kluster baharu di Machap Baru
AYER MOLEK 5 Mei – Aktiviti sosial melibatkan kumpulan besar tanpa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sebuah restoran di Machap Baru menjadi punca kewujudan kluster baharu COVID-19 di Melaka.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, kluster dikenali sebagai Kluster Kopitiam Machap Baru itu kebanyakannya membabitkan warga emas yang mana ia mula dikesan melalui saringan bergejala di sebuah klinik swasta.

Menurutnya, sehingga hari ini 22 kes positif direkodkan membabitkan 235 kontak, merangkumi 48 kontak keluarga, empat kontak tempat kerja dan selebihnya kontak sosial.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 208 kes masih lagi menunggu keputusan sehingga kini.
“Boleh saya katakan kluster itu berpunca daripada tiadanya pematuhan SOP terutamanya membabitkan aspek penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka ketika melakukan aktiviti sosial di restoran.
“Selain Machap Baru dan sekitar Alor Gajah, kes itu juga telah merebak sehingga ke Jasin dan Tampin,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘BOT KUDA BELANG’ HIASI SUNGAI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 21 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bersama Zoo Melaka berganding bahu memperkasakan sektor pelancongan...
TYT TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI MASJID AL-AZIM
PENGKALAN BATU 21 Mac - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan...
TOK RAUF TUNAI SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama kira-kira 500 jemaah menunaikan solat sunat...
JKR MELAKA SENTIASA PANTAU PAPAN TANDA ROSAK, UZUR
TABOH NANING 21 Mac - Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sentiasa memantau keadaan papan tanda di seluruh Melaka ia bagi...
DUA MAUT, EMPAT CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DI PUTRAJAYA
PUTRAJAYA 20 Mac - Dua lelaki maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan yang berlaku di Presint 1 menghala...
PERSIAPAN SAAT AKHIR SAMBUT AIDILFITRI
DUYONG 20 Mac - Meskipun ramai umat Islam yang sudah membuat persiapan awal bagi menyambut satu Syawal, namun tradisi hari...
