
Mayat wanita terbakar, pemandu lori didakwa bunuh
KUALA TERENGGANU 11 Mei. – Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sebuah jalan di sini dengan kesan terbakar pada keseluruhan badan.
Badrul Hisham Mat Jusoh, 37, dari Bukit Payong, Marang hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki itu didakwa telah membunuh Che Janiah Jaafar, 55, di Kilometer 16 Jalan Kelantan, Kampung Padang Air di sini antara 9.30 malam, 16 April dan 7.15 pagi, 17 April lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Nordiana menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada pagi 17 April lalu satu mayat tanpa identiti dengan kesan terbakar keseluruhan badan ditemukan di tepi jalan di Kampung Padang Air di sini oleh pekerja kebersihan.
Mayat yang identitinya kemudian telah disahkan adalah Che Janiah dikatakan telah dibunuh di tempat lain sebelum dibawa ke lokasi penemuan dan dibakar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MBMB FOKUS SEDIA FASILITI TERBAIK, TINGKAT KUALITI HIDUP WARGA BANDARAYA
AYER KEROH 2 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terus memberikan tumpuan kepada usaha pembangunan projek baharu, naik taraf...
TIGA LELAKI BERKONVOI PULANG DARI THAILAND ANTARA DITAHAN AADK
BUKIT KAYU HITAM 2 Januari - Tiga lelaki berkonvoi motosikal dari Johor antara yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) apabila...
PELBAGAI PROGRAM MENARIK SEMPENA ULANG TAHUN MPJ KE-19
JASIN 2 Januari - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) merangka pelbagai program melibatkan komuniti setempat sempena sambutan ulang tahun ke-19 MPJ...
46 PARIT DI SUNGAI RAMBAI PERLU DISELENGGARA KERAP, ELAK BANJIR BERULANG
SUNGAI RAMBAI 2 Januari - Masalah sistem perparitan yang tidak diselenggara secara berkala dikenal pasti antara faktor utama menyumbang kepada...
INSIDEN HELIKOPTER: DUA KRU CEDERA DIPINDAHKAN KE LUMUT
PENGKALAN BATU 2 Januari - Dua kru udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang cedera selepas terbabit dalam insiden helikopter...
MELAKA DESTINASI UTAMA PELANCONGAN PERUBATAN, JADI PILIHAN PASARAN INDONESIA
KOTA LAKSAMANA 2 Januari - Melaka menjadi antara destinasi utama pelancongan perubatan negara, khususnya bagi pasaran Indonesia yang dikenal pasti...
