
Dr Mahathir mohon maaf tidak patuh SOP, sedia terima tindakan
KUALA LUMPUR 12 Mei. – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika hadir satu program di Langkawi, Kedah serta bersedia menerima tindakan mengikut undang-undang.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata beliau dimaklumkan telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah pada majlis sumbangan hari raya kepada penduduk pada 8 Mei lalu.

“Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP. Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan,” katanya menerusi laman Facebooknya hari ini.
Menurutnya SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa pun kerana ia dapat membantu membendung merebaknya wabak COVID-19.
“Kita tidak harus ambil ringan. Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
CUTI SEKOLAH RANCAKKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 30 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan sempena cuti sekolah apabila beberapa produk pelancongan Melaka dibanjiri pengunjung...
AIDILADHA: NIKMAT MELAKA SAYANG RAKYAT DIRASAI WARGA SERI NEGERI
SERI NEGERI 30 Mei - Dasar Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus dizahirkan pentadbiran Kerajaan Negeri sempena Aidiladha tahun ini. Ia...
POPULARITI WARUNG CHE MAD TEBONG
MACHAP JAYA 30 Mei - Jika dulu roti canai dijual hanya mampu terjual dua kilogram sehari kini angka itu mampu...
PENIPUAN ‘SCAMMER’ TERUS BEREVOLUSI, RAKYAT MELAKA RUGI HAMPIR RM30 JUTA DALAM 5 BULAN
PENGKALAN BATU 30 Mei - Sejumlah hampir RM30 juta nilai kerugian telah direkodkan di Melaka sepanjang tempoh Januari hingga Mei...
MELAKA SINARI AIDILADHA MASYARAKAT ORANG ASLI
MACHAP JAYA 30 Mei - Masyarakat Orang Asli di negeri ini tidak dipinggirkan bersempena sambutan Aidiladha apabila diadakan program ibadah...
MELAKA PELOPOR PENDIDIKAN DIGITAL SEAWAL USIA MUDA
PENGKALAN BATU 30 Mei - Melaka terus menzahirkan komitmen kepada pelaburan dalam bidang pendidikan menerusi pengenalan program pendidikan digital yang...

